Sunday, November 13, 2011 @ 5:55 AM | 0 Comment [s]
CERITA SEORANG GADIS
Assalamualaikum reader(s) + stalker(s) ..
Today aku nak story siket pasal seorang gadis ny ..
Dea ny berumur dalam lingkungan belasan tahun ..
Dea menuntut di sebuah pengajian tinggi swasta ..
Pada masa orientasi terakhir, seorang pelajar lelaki ny datang pada si gadis ny ..
Pelajar lelaki tersebut telah meminta number phone si gadis ny ..
Tapi pelajar lelaki tuhh just tolong mintak kan je number phone si gadis ny untuk sahabat beliau ..
Pada hari minggu , si gadis ny mendapat sebuah pesanan ringkas dari maxis yang mengatakan satu number yang tidak dikenali telah menghubungi si gadis tersebut ..
Si gadis pula hairan, siapakah gerangan tuan punya number yang menghubunginya itu ..
Si gadis terus menghantar satu pesanan ringkas kepada tuan number phone tersebut ..
Dalam masa kira kira tiga minit selepas itu, tuan punya number tuhh pun membalas semula ..
Si gadis telah mengetahui tuan punya number phone tuhh adalah seorang lelaki, tapi belum mengetahui siapakah nama nya, apa tujuan tuan punya number tuhh menghubunginya ..
Maka si gadis itu bertanya nama, apa tujuan lelaki tersebut menghubungi nya dan macam macam lagi ..
Lelaki itu masih mahu berteka teki dengan gadis tersebut, lalu si gadis tersebut mula naek angin dan mula memarahi lelaki tersebut ..
Setelah si gadis tersebut naek angin, baru lah lelaki itu mahu berterus terang siapakah dirinya yang sebenar ..
Maka dari situ lah mereka berkenal kenalan ..
Pada keesokan harinya, lelaki itu telah melamar si gadis tersebut untuk dijadikan kekasihnya ..
Si gadis tersebut amat terkejut lalu terdiam seketika ..
Si gadis tersebut tidak tahu mahu membalas apa, maka si gadis tersebut berkata kepada lelaki itu yang si gadis tersebut mahu berkawan dahulu dengan lelaki itu ..
Lelaki itu pun menghormati keputusan yang dibuat oleh si gadis tersebut ..
Pada suatu petang, si gadis telah mengajak lelaki tersebut pergi bersiar siar ditepi pantai bersama rakan rakan yang laen ..
Dalam perjalanan ke pantai, lelaki tersebut terlalu banyak bercerita tentang dirinya sehingga si gadis berasa selesa dengan nya ..
Lelaki itu bercakap dan terus bercakap sehingga waktu pulang pun lelaki itu masih becerita tentang diri nya ..
Si gadis itu begitu gembira sewaktu bearada disisi lelaki tersebut ..
Pada keesokan hari nya pula, si gadis itu memberitahu lelaki tersebut bahawa si gadis telah fikir masak masak untuk menerima lelaki tersebut sebagai kekasihnya ..
Dan pada hari itu juga mereka telah disah kan sebagai sepasang kekasih ..
Lelaki itu sangat care dekat si gadis tersebut ..
Lelaki itu jua bersifat pemalu ..
Itu yang membuat kan si gadis jatuh hati pada nya ..
Setelah beberapa minggu mereka bersama, tiba tiba mereka diduga dengan satu masalah ..
Ketika mereka sedang ber-sms, tiba tiba lelaki tersebut telah tersalah send mesej lalu terhantar kepada si gadis tersebut ..
Si gadis itu mula terkejut lalu terus menelefon kekasihnya itu untuk bertanyakan tentang mesej yang dihantar oleh lelaki tersebut ..
Maka lelaki itu telah menipu si gadis tersebut dengan mengatakan bahawa mesej terebut kepuyaan sahabat nya ..
Tetapi si gadis tidak percayakan kekasihnya, lalu si gadis tersebut telah meminta kekasihnya untuk datang kerumah gadis tersebut ..
Apabila mereka telah berjumpa dikawasan rumah gadis itu, maka gadis tersebut meminta lelaki itu memberikan telefon bimbitnya kepada gadis tersebut ..
Si gadis melihat telefon bimbit kekasihnya, dan sekali lagi si gadis itu terkejut apabila melihat ada satu number yang telah save oleh kekasihnya iaitu "my wife"
S gadis bertanya lagi kepada kekasihnya siapakah "my wife" itu ..
Tetapi lelaki itu masih lagi tidak mahu berterus terang sehingga kan si gadis menangis ..
Selepas beberapa jam mereka bertengkar, mereka telah berbaik semula ..
Tetapi telefon bimbit lelaki tersebut masih bersama si gadis itu ..
Mereka telah pergi kesebuah kedai makan ..
Dan disitu mereka dapat satu lagi dugaan ..
Sedang duduk dikedai makan , tiba tiba satu mesej telah masuk kedalam telefon bimbit lelaki tersebut, maka si gadis membuka mesej yang diterima tadi ..
Alangkah terkejutnya gadis tersebut apabila membaca mesej tersebut ..
Rupa rupa nya kekasihnya itu telah membohongi nya ..
Lelaki tersebut telah ada kekasih laen ..
Si gadis tergamam seketika lalu menunjuk kan mesej tersebut kepada lelaki itu ..
Muka lelki itu terus berubah ..
Si gadis terus berpura pura melayan mesej dari madu nya itu ..
Selepas selesai makan semua, si gadis telah bertanya kepada lelaki tersebut bahawa kepada siapakah lelaki itu mahu ..
Antara si gadis ataupun kekasihnya yang satu lagi ..
Lelaki tersebut membuat keputusan mahu pergi kepada si gadis ..
Maka gadis tersebut menelefon madu nya dan terus meminta lelaki tersebut memutuskan hubungan dengan kekasihnya itu ..
Si gadis tahu bahawa lelaki tersebut berat hati untuk melepaskan kekasihnya itu kerana lelaki tersebut meminta kekasihnya supaya tidak menangis lagi ..
Si gadis membuat keputusan mahu mengundurkan dirinya dari hidup lelaki tersebut, tetapi lelaki itu enggan ..
Si Gadis berasa sangat kecewa, sedih dan pedih sangat hati nya ..
Sehinggakan si gadis tidak beraya untuk meneruskan perjalanan nya ..
Si gadis terus menahan airmata nya daripada membasahi pipi ..
Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan si gadis ketika itu ..
Lalu mereka pun duduk disatu tempat untuk berbincang lagi ..
Setelah beberapa minit berbincang, lalu mereka pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah ..
Pada keesokan harinya, si gadis pergi ke kolej ..
Tetapi lelaki itu tidak datang ke kolej ..
Apabila waktu pulang ke rumah, sekali lagi si gadis menerima satu mesej dari telefon bimbit lelaki tersebut ..
Si gadis hanya mampu melihat mesej tersebut sambil meminta tuhan agar memberikan nya kesabaran ..
Mesej yang diterima itu adalah mesej dari kekasih lelaki itu ..
Apabila waktu malam, lelaki itu meminta supaya si gadis berjumpa dengan nya untuk memulangkan telefon bimbitnya ..
Kerana pada masa itu lelali tersebut memberitahu gadis itu bahawa beliau tidak sihat dan mahu menghubungi ibunya ..
Si gadis enggan memulangkan telefon bimbit kekasih nya kerana tkut lelaki itu menghubungi kekasihnya yang laen ..
Tiba tiba lelki itu rebah ke jalan raya lau tidak sedar kan dirinya ..
Si gadis sangat panik lalu menghubingi sahabat sahabatnya dirumah untuk turun kebawah membantunya ..
Lalu sahabat sahabat nya itu menghubungi warden hostel untuk melaporkan hal tersebut ..
Apabila warden sampai, lalu sahabat sahabat lelaki tersebut memgangkat lelaki itu masuk kedalam kereta warden dan si gadis terus mengikut warden ke hospital ..
Si gadis sangat risaukan keadaan kekasihnya, lalu menghubungi ibu lelaki tersebut ..
Apabila sampai ke hospital, lelaki tersebut telah dibawa masuk ke wad kecemasan ..
Si gadis sangat takut melihat kekasihnya dibawa masuk ke dalam wad kecemasan ..
Si gadis diluar hanya mampu berdoa supaya kekasihnya itu selamat ..
Setelah beberapa minit tunggu didepan pintu wad kecemasan, akhirnya perasaan takut tuhh berkurang sedikit kerana si gadis telah nampak kekasihnya itu dibawa keluar dr wad kecemasan itu dengan selamat ..
Setelah beberapa jam mereka berada di hospital, mereka pun pulang kerumah bersama sama warden .. Lelaki itu sudah beberapa hari pengsan, dan pada kali terakhir lelaki itu pengsan, si gadis menghubungi ibu lelaki tersebut untuk mengatakan hal itu .. Keesokan harinya, ibunya telah pergi ke tempat mereka untuk membawa lelaki itu pulang ke johor bahru .. Si gadis berasa sangat sedih kerana kekasihnya mahu dibawa pulang oleh keluarganya .. Ibu lelaki itu mengajak gadis tersebut pulang bersama sama ereka, alangkah gembira nya hati se gadis tersebut kerana dapat pulang bersama sama dengan kekasihnya .. Setelah berada di johor bahru, si gadis telah jatuh sakit lalu pergi kehospital untuk membuat pemeriksaan tubuh badan nya .. Si gadis telah masuk untuk berjumpa dengan doktor,alangkah terkejutnya si gadis itu apabila doktor memberitahu akan penyakitnya itu .. Si gadis menghidap penyakit barah otak ditahap yang agak kritikal .. Doktor juga turut memberitahu si gadis itu bahawa beliau hanya tinggal 2 bulan lebih sahaja untuk hidup .. Si gadis ingin menangis tetapi si gadis hanya mampu untuk menagis didalam hati kerana ketika itu kekasihnya ada bersamanya .. Si gadis berpura pura tiada apa yang berlaku kerana si gadis tidak mahu kekasihnya itu bersedih .. Beberapa bulan kemudian, si gadis terpaksa memberitahu kekasihnya tentang penyakiy yang dihidapi nya itu .. Kekasihnya seakan akan tidak percaya dengan kata kata si gadis, tetap si gadis cuba meyakinkannnya .. Llelaki itu mengeluarkan airmata nya lalu si gadis mengelap airmata kekasihnya yang mengalir .. Si gadis tidak sanggup untuk melihat kekasihnya itu menangis .. Si gadis meminta kekasihnya agar menyimpan rahsia tentang penyakitnya itu dari pengetahuan ahli keluarga nya .. Si gadis meminta kekasihnya itu supaya sentiasa berada di sisi nya kerana si gadis mahu merasakan saat bahagianya bersama kekasihnya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir .. Apabila mereka bersama,si gadis sangat berat hati untuk melpaskan kekasihnya itu pulang ke rumah .. Si gadis memeluk erat tubuh kekasihnya .. Si gadis mahu menatap wajah kekasihnya itu 24 jam .. Sehinggakan kekasihnya itu lemas dengan perangai si gadis .. Si gadis tahu bahawa perangainya itu membuatkan kekasihnya lemas, tetapi si gadis tidak mampu berbuat apa apa kerana si gadis memerlukan kekasihnya itu sepanjang masa .. Perwatakan si gadis mula berubah dari hari ke hari kerana si gadis sangat takut kalau kalau beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa kekasihnya disisi ..Si gadis juga sudah mula untuk terima kenyataan dan mengizinkan kekasihnya itu pulang kepangkuan kekasih lamanya .. Walaupun si gadis tidak merelakan kekasihnya dikongsi bersama perempuan laen, tetapi si gadis terpaksa merelakan kerana hari bersilih ganti dan si gadis semakin hari semakin lemah tubuh badan nya .. Si gadis menguatkan tubuh badan nya kerana tidak ahu rakan rakan dan kekasihnya risau akan dirinya itu ... Si gadis berharap agar umur nya dipanjang kan kerana si gadis masih mahu trus bersam kekasihnya itu .. Si gadis sangat dan terlalu sangat sayang pada kekasihnya itu walaupun hati nya pernah dilukai pleh kekasih kesayangan nya itu .. You all semua tolonglah doakan sigadis tersebut supaya beliau cepat sembuh dan dipanjangkan umur nya .. :)) |
Diary
About
Stuff
Site
Blogskins ![]() ![]() ![]()
BLOG INI DIREKA KHAS UNTUK BERKONGSI SEDIKIT SEBANYAK DETIK MANIS ANTARA DUA JIWA :)
![]()
Template by : AqiesDomo â¤
Basecode : Farisyaa Awayy ⤠Sidebar image : Husnaa ⤠Full edited : Wawa Adamzz ☻ â¤
|