MOMENT WITH LOVE FOR 2013 ♥♡♥♡
Tuesday, December 31, 2013 @ 7:11 AM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum si cantik dan si kacak yang sedang stalk baca blog aku nihh *ade ke orang yang nak stalk blog aku nihh, aku bukan lah budak hott macam uolls kan? K faham*
Btw harini 31hb Disember 2013, hari terakhir bagi tahun 2013 kan? Macam caye tak caye je kan esok dah masuk 2014 :) Macam-macam dah yang kita semua lalui sepanjang tahun nihh, ada kenangan pahit manis sepanjang kita bernafas dimuka bumi pada tahun nihh :) Begitu lahh kehidupan harian aku bersama si dea :) Alhamdulillah kami masih bersama, kenangan manis kenangan pahit jatuh bangun semua kami lalui bersama.. Tak dinafikan juga, sepanjang aku bersama dea ada juga kami bergaduh, berselisihan faham semua.. Tapi itu semua tidak menghalang hubungan kami untuk terus kuat menyemai cinta ♡ Cewahh ayat aku tak boleh blahh kan, macam nak berpuisi pulak dahh :P Btw, korang mesti pelik dan tertanya-tanya kan kenapa aku masih bersama dea sedangkan ramai yang menentang hubungan aku dengan dea..Kalau korang nak tahu, dea lah lelaki yang paling ikhlas terima aku seadanya..Aku nihh takde lah lawa macam perempuan laen, aku nih gemokk, aku nihh lambat loading, muka pun memang muka mintak kaki..Senang cerita aku nihh lebih kekurangan dari kelebihan, dan dea lah yang terima aku apa adanya aku :) Dea tak pernah merungut jaga aku sepanjang masa tak kira aku masa aku sihat atau sakit.. Dea yang tak pernah penat nasihatkan aku, marah aku bila aku buat salah.. Dea yang membimbing aku dan memimpin aku ketika aku sesat dan hilang arah tuju.. Dea yang tak pernah berhenti mengalah untuk mengukirkan senyuman diwajah aku, dea yang tak pernah muak tengok muka aku sepanjang hari dan tak pernah rasa bosan untuk dengar segala keluhan dan rungutan aku.. Dea sentiasa berusaha untuk adakan kehendak dan keperluan aku.. Dan dea lah lelaki yang sentiasa ada sebelah aku tak kira apa yang berlaku dan lelaki itu bernama Firdaus ♥ Terlalu banyak pengorbanan yang dea lakukan untuk aku, sehinggakan dea utamakan aku dari diri dea sendiri :') Awak comel sangat sayang, itu lah yang membuatkan saya selalu cakap awak comel.. Sebab tuh sayang :') Hopefully awak masih akan jadi milik saya sepanjang hayat saya, sehingga akhir nafas saya :') Saya terlalu sayangkan awak, hanya Allah yang tahu.. Perkara yang saya teringin sangat nak buat adalah letak tangan awak didada saya, sebab saya nak awak sentuh hati saya dan saya nak awak rasa degupan jantung saya.. Sebab setiap degupan jantung saya yang awak rasa tuhh adalah untuk awak, dan setiap degupan jantung saya yang awak rasa tulah saya takut akan kehilangan awak.. Hati yang awak sentuh tuh, saya nak awak tahu betapa ikhlasnya cinta saya pada awak dan hati tuh penuh dengan kasih sayang saya pada awak :') Saya berharap sangat saya dapat buat macam tuh satu hari nanti :') Sayang, esok dah masuk tahun baru 2014.. Kejap je masa berlalu kan sayang? Tak sangka saya masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan pada tahun 2014 bersama awak lagi :') Nikahi saya sayang, saya tunggu awak, moga Allah sentiasa merahmati hubungan kita sampai bila-bila, jaga hubungan kita sebaik mungkin sayang.. Iloveyou so much ♥ *tetibe feeling pulak aku nihh* Btw, selamat tahun baru ye kawan-kawan.. Semoga tahun ini lebih baik dari yang lepas, Assalamualaikum.. Have a nice day, goodnite everybody :) |
Diary
About
Stuff
Site
Blogskins ![]() ![]() ![]()
BLOG INI DIREKA KHAS UNTUK BERKONGSI SEDIKIT SEBANYAK DETIK MANIS ANTARA DUA JIWA :)
![]()
Template by : AqiesDomo â¤
Basecode : Farisyaa Awayy ⤠Sidebar image : Husnaa ⤠Full edited : Wawa Adamzz ☻ â¤
|